EKASIH 2026 SEMAK KELAYAKAN : CEK NAMA PENERIMA YANG LAYAK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN DALAM IC

EKASIH 2026 SEMAK KELAYAKAN : CEK NAMA PENERIMA YANG LAYAK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN DALAM IC

Setiap penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berstatus eKasih, bakal menerima pengkreditan bulanan dalam IC (Kad Pengenalan) dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan penerima yang tidak tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.

Bagaimanakah semak kelayakan sara ekasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: RAYUAN STR 2026 : CARA MOHON RAYUAN BANTUAN STR FASA 1 2026 JIKA STATUS ANDA TIDAK LAYAK

APA ITU SARA BERSTATUS EKASIH?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau SARA ialah bantuan bulanan yang diberikan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu menampung keperluan asas harian dan individu.

Manakala SARA eKasih diberikan kepada penerima STR yang tersenarai dalam rekod data eKasih dimana kadar bayaran diberikan lebih tinggi berbanding mereka yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.

SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.

KADAR KELAYAKAN BAYARAN SARA EKASIH 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Sebulan
(Total Setahun : RM2,400)
RM100 Sebulan
(Total Setahun : RM1,200)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Total Setahun : RM1,800)
RM50 Sebulan
(Total Setahun : RM600)
BujangRM100 Sebulan
(Total Setahun : RM1,200)
RM50 Sebulan
(Total Setahun : RM600)

TARIKH PEMBAYARAN SARA EKASIH 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah &
Warga Emas (Tiada Pasangan)
9 Januari 2026
(Jumaat)
Bujang16 Januari 2026
(Jumaat)

SEMAK KELAYAKAN SARA EKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak (jika anda layak)
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment