EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK AKAN DIBAYAR DALAM IC SETIAP BULAN

EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK AKAN DIBAYAR DALAM IC SETIAP BULAN

Kira-kira seramai lebih 1 juta individu yang merupakan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) layak terima bayaran RM200 sebulan.

Bagaimanakah check status kelayakan pemohon eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH DUIT BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN KEPADA PEMOHON YANG LULUS SEMASA FASA 1

CARA AGIHAN EKASIH RM200 SEBULAN

Agihan Bantuan RM200 sebulan kepada penerima eKasih adalah secara terus tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (IC) ketua isi rumah bagi membantu memenuhi keperluan asas harian untuk seisi keluarga.

SIAPA LAYAK EKASIH RM200 SEBULAN

Inisiatif Bantuan RM200 sebulan dikreditkan khas ke dalam IC individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Ibu bapa tunggal (ada anak)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
Semasa
eKasihTersenarai dalam rekod data
eKasih sehingga 31 Oktober 2025
Permohonan STRLulus

JADUAL AGIHAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Berikut merupakan jadual agihan Bantuan RM200 sebulan sepanjang tahun 2026 :

TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
09 Januari 2026RM200
01 Februari 2026RM200
01 Mac 2026RM200
01 April 2026RM200
01 Mei 2026RM200
01 Jun 2026RM200
01 Julai 2026RM200
01 Ogos 2026RM200
01 September 2026RM200
01 Oktober 2026RM200
01 November 2026RM200
01 Disember 2026RM200

CHECK STATUS KELAYAKAN EKASIH 2026

Untuk ketahui pendaftaran eKasih anda telah disahkan atau belum, anda boleh membuat semakan status secara atas talian (online) mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan Nombor IC* tanpa – (contoh : 700129101234).
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CHECK STATUS KELAYAKAN RM200 SEBULAN

Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan sebanyak RM200 sebulan melalui IC, anda boleh membuat semakan yang mudah seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor IC* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, pihak tuan / puan boleh buat rujukan melalui pihak berwajib sepert di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment