E WALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA DAFTAR PERMOHONAN
Ketua isi rumah terutamanya yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mula untuk daftar permohonan sebagai penerima Bantuan e-Wallet yang akan dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan ke dalam akaun e-Wallet yang layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima & cara daftar permohonan e Wallet RM300 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH
SENARAI KEGUNAAN E WALLET RM300
Bantuan e-Wallet yang dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan boleh diguna pakai untuk membeli barang-barang keperluan asas untuk seisi keluarga, antara barang yang boleh dibeli adalah :
- Barang dapur
- (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, sos cili, kicap, garam, gula).
- Lauk basah
- (Contoh : Daging, ayam, ikan, sayur-sayuran).
- Minuman
- (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin
- (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Produk kebersihan
- (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan
- (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan
- (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah
- (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
CARA GUNA BANTUAN E WALLET RM300
Setelah Bantuan e-Wallet dikreditkan, semua penerima boleh menggunakannya untuk tujuan pembelian barang keperluan asas. Berikut adalah cara-cara guna Bantuan e-Wallet :
- Sila ke pasaraya atau kedai (panel BINGKAS) yang terdekat.
- Pilih sahaja barang dapur atau keperluan lain.
- Pergi ke kaunter dan nyatakan kepada juruwang menggunakan bayaran e-Wallet.
- Juruwang akan imbas ID penerima melalui aplikasi ‘Selangkah’.
- Setiap barang yang dipilih akan disaring oleh juruwang.
- Buka aplikasi Selangkah di bahagian e-Wallet.
- Klik pada butang [Bayar] dan masukkan 6 digit PIN e-Wallet yang telah ditetapkan.
- Kod QR e-Wallet akan dipaparkan pada skrin.
- Juruwang akan imbas Kod QR tersebut untuk sahkan bayaran.
- Resit pembelian akan diberikan.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON E WALLET RM300 2026
Sebelum kemukakan sebarang permohonan Bantuan e-Wallet RM300, semua pemohon perlu ketahui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM5,000 sebulan |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Ibu/bapa Tunggal |
| Tanggungan | 2 orang atau lebih (berumur bawah 18 tahun) |
| Tempat Lahir Pemohon | Negeri Selangor |
| Tempat Menetap Pemohon | Negeri Selangor (lebih 10 tahun) |
| Tempat Mengundi | Selangor |
CARA DAFTAR PERMOHONAN E WALLET RM300
Bermula 1 November 2025, permohonan Bantuan e-Wallet RM300 telah dibuka bagi penerimaan tahun 2026. Ikuti cara daftar permohonan secara online seperti di bawah :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN E WALLET
Untuk mengukuhkan lagi permohonan Bantuan e-Wallet RM300, setiap pemohon perlu sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan mengikut senarai berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA E WALLET RM300
Setelah permohonan telah dihantar, status kelayakan sebagai penerima Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan boleh disemak secara online melalui aplikasi seperti yang dinyatakan di bawah :
- Muat turun aplikasi Selangkah dalam telefon pintar anda.
- Isi segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun.
- Aktifkan akaun e-Wallet dalam aplikasi Selangkah.
- Cari ikon BINGKAS dalam aplikasi Selangkah.
- Semak status anda melalui BINGKAS.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Dalam artikel ini kami menyediakan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada Portal Rasmi BINGKAS dan kami kongsikan untuk tujuan memudahkan carian untuk panduan permohonan dan semakan. Namun, jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 1800 22 6600.
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.