DUIT BANTUAN 100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SARA
Demi merakam penghargaan untuk rakyat Malaysia, Kerajaan MADANI memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat dengan kadar sebanyak RM100 setiap seorang penerima yang dapat digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran duit Bantuan SARA 100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH CARA SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
CARA MASUK DUIT BANTUAN 100 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM100 akan dimasukkan terus melalui kad pengenalan (MyKad) dan penerima tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran tunai, namun hanya boleh dibelanjakan di 4,100 kedai serta pasaraya terpilih secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN 100 2025
Sempena Hari Kebangsaan (Merdeka), Kerajaan akan memasukkan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
*Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN 100 2025
Hanya yang memenuhi kelayakan berikut akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN 100 2025
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.