DAFTAR LESEN PERCUMA 2025 : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN SEKARANG
Kerajaan memperkenalkan Program MyLesen B2 sebagai inisiatif khas bagi membantu golongan belia daripada keluarga B40 mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 secara percuma, dimana semua kos latihan, kursus dan ujian ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Bagaimanakah panduan lengkap cara daftar lesen percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM900
INFO PENTING BANTUAN LESEN PERCUMA
Berikut merupakan info tambahan berkaitan Program Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR LESEN PERCUMA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR LESEN PERCUMA
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
- Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
- Selesai.
BORANG PESERTA LESEN PERCUMA 2025
Borang Lesen Memandu Percuma B2 adalah seperti berikut:
TARIKH DAFTAR LESEN PERCUMA 2025
Permohonan Program MyLesen B2 dijangka berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun sebelumnya, namun tarikh rasmi pendaftaran masih belum diumumkan dan pendaftaran akan ditutup setelah kuota penyertaan negeri masing-masing dipenuhi. Pendaftaran dibuka mengikut negeri masing-masing. Orang awam disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi daripada JPJ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan program ini.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/