DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH : CARA REGISTER ONLINE
Bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat Sabah, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan peruntukan khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang layak melalui inisiatif Bantuan SYUKUR Sabah yang boleh dimohon secara online.
Bagaimanakah cara daftar Bantuan SYUKUR Sabah secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA APRIL 2026 : SEMAKAN STATUS
SYARAT DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH
Sebelum mendaftar Bantuan SYUKUR Sabah, pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah termasuk :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Negeri Kelahiran | Sabah |
| Status Mastautin | Bermastuatin di Sabah lebih dari satu (1) tahun |
| Kada Pendapatan | Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih atau PADANS Sabah |
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH
Jika permohonan yang didaftarkan berjaya lulus, Bantuan SYUKUR Sabah akan diberikan dengan jumlah yang sama bagi setiap penerima, iaitu sebanyak berikut :
| FASA | BULANAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – RM200 Februari – RM200 Mac – RM200 | RM600 |
| Fasa 2 | April – RM200 Mei – RM200 Jun – RM200 | RM600 |
| Fasa 3 | Julai – RM200 Ogos – RM200 September – RM200 | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober – RM200 November – RM200 Disember – RM200 | RM600 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksankan secara berperingkat dan berfasa mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 (Rabu) |
| Fasa 2 | Mei 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) medium bayaran Bantuan SYUKUR Sabah untuk memudahkan penerima menerima bayaran setiap fasa :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada akaun bank | Dibayar secara tunai di bank atau di pusat pemberian yang ditetapkan |
| Ada / tiada akaun bank | Dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet aplikasi ‘YONO Superapp’ |
DAFTAR BANTUAN SYUKUR SABAH
Bagi rakyat Sabah atau yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar permohonan untuk mendapatkan Bantuan SYUKUR Sabah. Ikuti panduan lengkap cara daftar permohonan secara online di bawah :
- Layari laman web rasmi PADANS Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman laman web rasmi PADANS Sabah akan dipaparkan.
- Klik pada tiga (3) butang disebelah kanan portal.
- Terus klik pada [Permohonan Baharu SKR].
- Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun.
- Klik pada butang [Sahkan Maklumat].
- Setelah berjaya daftar akaun, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah dicipta.
- Tandakan pada kotak [Saya bukan robot].
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pergi ke bahagian [Permohonan Baharu SKR].
- Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan *.
- Klik pada butang [Hantar].
- Permohonan berjaya dihantar dan akan diproses.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang masalah atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pada pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti di bawah :
- Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.