CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : HANYA PEMOHON BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN 2026 DALAM MYKAD – CEK STATUS ANDA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Januari 2026 akan memanfaatkan 8.1 juta penerima yang layak termasuk kategori bujang untuk menerima pembayaran secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara check sumbangan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSTR FASA 1 2026 : CHECK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
BAYARAN BULANAN
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
SUMBANGAN ASAS RAHMAH JANUARI 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan | 9 Januari 2026 (Jumaat) |
| Bujang | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
BARANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan di bawah program SARA 2026 :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
Penerima boleh mendapatkan barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diluluskan dengan menggunakan kredit bantuan yang dikreditkan dalam MyKad (Kad Pengenalan) di kedai yang berdaftar :
- Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]