CHECK STATUS SARA ONE OFF 2026 : JUMLAH BANTUAN, TARIKH BAYARAN, CARA SEMAKAN & PERMOHONAN
Bantuan SARA-OFF untuk semua rakyat dewasa Malaysia bakal dilaksanakan sekali lagi pada pertengahan Februari tahun 2026 untuk membantu menampung perbelanjaan penerima dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
PENGENALAN SARA ONE OFF 2026
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan RM100 secara one-off di bawah Program SARA untuk setiap warganegara dewasa bagi membantu dalam membuat persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
PROGRAM SARA ONE OFF 2026
Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
- Nama Bantuan : SARA ONE-OFF (pelaksanaan di bawah Program SARA);
- Jumlah Bantuan : RM100 (Sekali Bayaran);
- Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas);
- Tarikh Bayaran : Pertengahan Februari 2026;
- Kaedah Pelaksanaan : Bantuan RM100 disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
- Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
CHECK CARA MOHON SARA ONE OFF 2026
Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Bantuan akan dikreditkan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira status, dan pendapatan termasuk penerima sedia ada SARA.
CHECK STATUS SARA ONE OFF 2026
Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF boleh di semak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA ONE-OFF
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF) : Pertengahan Februari 2026
- Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CHECK BARANGAN KEPERLUAN SARA ONE OFF 2026
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minum;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah.
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit berdaftar;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA BELI BARANG KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]