CHECK SARA RM100 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Setiap Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akan menerima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan (MyKad) yang boleh dibelanjakan bagi 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih.
Bagaimanakah check status penerima SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA RAHMAH : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH KREDIT SARA RM100 2025
Pengkreditan Bantuan SARA RM100 hanya sekali (One-off) iaitu pada tarikh berikut :
TARIKH MULA KREDIT SARA | TARIKH AKHIR GUNA SARA |
---|---|
31 Ogos 2025, Ahad | 31 Disember 2025, Rabu |
SYARAT PENERIMA SARA RM100 2025
Bantuan SARA RM100 One-off hanya diberikan kepada yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
CHECK SARA RM100 2025
Ikuti panduan lengkap cara check status penerima Bantuan SARA RM100 One-off seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA SARA RM100 2025
Berikut merupakan panduan cara guna Bantuan SARA RM100 One-off :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA ONE OFF
Antara soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan Bantuan SARA One-off adalah :
J : Di mana-mana 7,300 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
J : Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk pembelian tanpa tunai (cashless).
J : Bila-bila masa bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
J : Tidak. Ianya hanya dibayar sekali sahaja (One-off).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.