CHECK SARA 2025 ONLINE : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Seramai 22 juta rakyat Malaysia kini boleh mula menyemak kelayakan SARA RM100 ONE-OFF bagi mengetahui status penerimaan bantuan yang bakal dikreditkan sempena Hari Kebangsaan.
Bagaimanakah check sara 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PENGHARGAAN SARA (RM100 ONE-OFF) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
MANFAAT PELAKSANAAN SARA
Pengkreditan SARA ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima boleh digunakan untuk membeli Barangan Keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
PORTAL CHECK STATUS SARA ONLINE
Semakan status kelayakan SARA RM100 ONE-OFF boleh disemak di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
NAMA PROGRAM | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://sara.gov.my/ |
CHECK SARA 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CHECK TARIKH BAYARAN SARA 2025
Penyaluran bantuan SARA setiap bulan kepada penerima yang layak adalah mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN SARA | TARIKH LUPUT |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari – Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | April – Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf