CHECK MYKASIH (2025 ONLINE)

CHECK MYKASIH (2025 ONLINE)

Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

Ketahui lebih banyak info dan panduan semak status MyKasih secara online di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STR FASA 4 (2025)

CHECK MYKASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Hanya individu yang memenuhi kelayakan berikut sahaja layak untuk menerima bayaran Bantuan MyKasih pada setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 sebulan (M40);
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CHECK JUMLAH MYKASIH

Bayaran MyKasih akan diagihkan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima. Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan MyKasih pada setiap bulan :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40PENERIMA M40
ISI RUMAHRM100 (Jan – Mac)
RM200 (Apr – Dis)
RM100 (Apr – Dis)
WARGA EMASRM100 (Jan – Mac)
RM150 (Apr – Dis)
RM50 (Apr – Dis)
BUJANGRM50 (Jan – Dis)

TARIKH MYKASIH

Penerima B40 dan M40 akan menerima Bantuan MyKasih pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan. Berikut merupakan tarikh bayaran MyKasih untuk penerima B40 dan M40 :

TARIKH BAYARAN
PENERIMA B40
TARIKH BAYARAN
PENERIMA M40
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

CHECK MYKASIH

Status kelayakan penerima MyKasih boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi MyKasih. Ikuti cara semak (check) status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 700230112345.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA MYKASIH

Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Berikut merupakan langkah-langkah cara guna MyKasih :

LANGKAHCARA GUNA MYKASIH
1.Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar MyKasih
2.Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli
3.Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem
bayaran MyKasih
4.Berikan MyKad kepada juruwang untuk
pengesahan penerima MyKasih
5.Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh
juruwang dengan guna sistem MyKasih
6.Bayar guna MyKad dan resit bayaran
akan diberikan oleh juruwang

SENARAI BARANG MYKASIH

Hanya barangan tertentu yang disahkan sahaja boleh dibeli dengan menggunakan MyKasih. Berikut merupakan senarai barang MyKasih yang diluluskan :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam MyKad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan MyKasih :

  1. Bolehkan penerima membeli barang menggunakan MyKasih di negeri lain?
    • Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
  2. Apa yang perlu dibuat jika transaksi MyKasih guna MyKad gagal di kedai?
    • Penerima perlu semak status MyKad di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan MyKasih untuk pengesahan teknikal.
  3. Adakah semua kedai runcit di Malaysia terima MyKasih?
    • Tidak. Hanya kedai, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dengan program MyKasih sahaja yang menerima penggunaan kredit bantuan ini.
  4. Bolehkah Bantuan MyKasih digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
    • Tidak boleh, ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas sahaja.
  5. Sekiranya Bantuan MyKasih tidak digunakan pada bulan ini, adakah ianya masih boleh digunakan pada bulan seterusnya?
    • Ya, ianya masih boleh digunakan pada bulan berikutnya sehingga 31 Disember 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Kesemua maklumat dalam artikel ini adalah dihuraikan berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment