CHECK EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih kira-kira seramai lebih 700,000 ribu. Setiap yang tersenarai layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan.
Bagaimanakah check eKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
NILAI BANTUAN EKASIH 2025
Berikut merupakan nilai Bantuan MyKasih kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN KEPADA PENERIMA DAFTAR EKASIH | NILAI BANTUAN KEPADA PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 – RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM100 – RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun | – |
TARIKH PENYALURAN EKASIH 2025
Penyaluran Bantuan MyKasih kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :
PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
15 Januari 2025 01 Februari 2025 01 Mac 2025 01 April 2025 01 Mei 2025 01 Jun 2025 01 Julai 2025 01 Ogos 2025 01 September 2025 01 Oktober 2025 01 November 2025 01 Disember 2025 | 01 April 2025 01 Mei 2025 01 Jun 2025 01 Julai 2025 01 Ogos 2025 01 September 2025 01 Oktober 2025 01 November 2025 01 Disember 2025 |
CHECK EKASIH 2025
Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih2.icu.gov.my.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK MYKASIH 2025
Status kelayakan penerima MyKasih eKasih perlu disemak seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.