CHECK DUIT BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA PENERIMA YANG LULUS SAHAJA AKAN DIBAYAR

CHECK DUIT BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA PENERIMA YANG LULUS SAHAJA AKAN DIBAYAR

Penerima sedia ada yang layak menerima bayaran duit Bantuan Dalam IC adalah seramai 8.1 juta dan yang layak menerima bayaran sekaligus pula seramai 22 juta penerima. Nilai bantuan adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara check duit Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RAMADHAN 2026 SEMAKAN : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

MANFAAT DUIT BANTUAN DALAM IC

Inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam IC mempunyai banyak manfaat, antaranya ialah :

  • Tidak berlaku ketirisan kerana ianya dikreditkan secara automatik.
  • Boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.
  • Terdapat lebih 10,000 ribu premis yang menerima bayaran guna IC.
  • Baki yang tidak habis digunakan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.

*NOTA : Duit Bantuan Dalam IC tidak boleh dikeluarkan secara tunai dan tidak boleh digunakan untuk pembayaran pengangkutan awam.

TARIKH DUIT BANTUAN DIKREDIT DALAM IC 2026

Kerajaan melaksanakan pengkreditan duit Bantuan Dalam IC setiap bulan dan sekaligus mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

JENIS KREDITTARIKH PENGKREDITAN
Setiap Bulan9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Sekaligus9 Februari 2026

NILAI KREDIT BANTUAN DALAM IC 2026

Bantuan yang dikreditkan dalam IC penerima pada setiap bulan dan sekaligus adalah tidak sama kerana ianya mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Pengkreditan Bantuan Dalam IC Setiap Bulan :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
MISKIN TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN
ISI RUMAHRM200 setiap bulanRM100 setiap bulan
WARGA EMASRM150 setiap bulanRM50 setiap bulan
BUJANGRM100 setiap bulanRM50 setiap bulan
  • Pengkreditan Bantuan Dalam IC Sekaligus :
KATEGORI
PENERIMA
SEMUA PENERIMA
ISI RUMAHRM100 – suami
dan
RM100 – isteri
WARGA EMASRM100
BUJANGRM100

CHECK DUIT BANTUAN DALAM IC 2026

Status kelayakan sebagai penerima dan baki duit Bantuan Dalam IC boleh diketahui dengan membuat semakan di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, klik pada [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor IC anda pada ruang yang disediakan.
    • *Ikuti format : tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
  4. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  5. Tunggu pengesahan IC anda.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan baki duit Bantuan Dalam IC akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TEMPOH GUNA DUIT BANTUAN DALAM IC

Penggunaan duit Bantuan Dalam IC mempunyai tempoh sah guna seperti beriku :

JENIS KREDITTEMPOH
PENGGUNAAN
TARIKH AKHIR
GUNA
Setiap bulan12 Bulan31 Disember 2026
Sekaligus11 Bulan31 Disember 2026
*Selepas 31 Disember 2026, duit Bantuan Dalam IC akan secara automatik ditarik dan tidak boleh digunakan lagi.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Dalam IC, sila rujuk pihak berwajib SARA MOF melalui talian, laman dan e-mel rasmi di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment