CHECK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP

CHECK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP

Baki bantuan MyKasih yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya serta boleh digunakan bila-bila masa sahaja sehingga tempoh pelaksanaan Program tamat.

Bagaimanakah check baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK STATUS MYKASIH NET : SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025

CHECK BAKI MYKASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBUKAN penerima eKasih

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

Catatan: Tambahan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

CHECK TARIKH BAYARAN MYKASIH

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN BAYARANTARIKH LUPUT/
TARIKH TAMAT PROGRAM
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula Januari
sehingga Disember 2025
31 Disember 2025
Lulus STR SahajaBermula April
sehingga Disember 2025
31 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

KAEDAH CHECK BAKI MYKASIH

Terdapat beberapa kaedah untuk check baki MyKasih iaitu:

  • Portal Rasmi atau Aplikasi MyKasih;
  • Semakan di Kedai Runcit Berdaftar; atau
  • Melalui Resit Pembelian Barang MyKasih.

CHECK BAKI MYKASIH

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Bagaimana jika status semakan menunjukkan tiada baki?
    • Ini bermaksud bantuan bulan tersebut sudah digunakan sepenuhnya.
  2. Apakah yang terjadi jika baki tidak habis digunakan?
    • Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
  3. Bolehkah baki MyKasih dikeluarkan sebagai wang tunai?
    • Tidak boleh. Ia hanya digunakan untuk pembelian barang asas di kedai berdaftar.
  4. Bagaimanakah cara semak baki bantuan dalam MyKad?
    • Baki bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA dan Aplikasi MyKasih atau boleh disemak melalui resit pembelian.
  5. Bagaimana cara tahu senarai kedai yang menerima MyKasih?
    • Senarai kedai runcit berdaftar boleh disemak di portal rasmi MyKasih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment