CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seramai 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada (berstatus eKasih) yang telah menerima SARA sejak Januari 2025 akan menerima kredit tambahan SARA bermula April 2025, menjadikan kadar bulanan bantuan adalah sehingga RM200 sebulan.

Bagaimanakah cek status penerima bantuan ekasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MY SALAM 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CEK AMAUN BANTUAN EKASIH 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2100 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650 Setahun
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM600 Setahun
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH 2025

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKANAN KREDIT SARA EKASIH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CEK BAKI KREDIT BANTUAN EKASIH

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment