CEK MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan MADANI, penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah di bawah Program MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Bagaimanakah cek MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN SARA ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KRITERIA PENERIMA MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kriteria kelayakan penerima MyKasih, iaitu :

  • Penerima MyKasih Sedia Ada :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima MyKasih Baharu :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CEK KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Ketahui status anda ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima Bantuan MyKasih melalui semakan di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CEK BAKI MYKASIH 2025

Baki Bantuan MyKasih dalam kad pengenalan (MyKad) penerima boleh dicek melalui aplikasi MyKasih. Ikuti panduan cek baki MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH TERBARU BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan tarikh penerimaan Bantuan MyKasih yang terbaru :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENERIMAAN
TERBARU
Penerima Sedia Ada1 April 2025 (Selasa)
Penerima Baharu1 April 2025 (Selasa)

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Pada 1 April 2025 (Selasa), Bantuan MyKasih disalurkan dengan jumlah berikut :

JUMLAH BANTUAN
DISALURKAN KEPADA
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH BANTUAN
DISALURKAN KEPADA
PENERIMA BAHARU
ISI RUMAH : RM200ISI RUMAH : RM100
WARGA EMAS : RM150WARGA EMAS : RM50
BUJANG : RM50BUJANG : –

KEGUNAAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih yang disalurkan menerusi kad pengenalan (MyKad) perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment