CEK DUIT BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA YANG BERSTATUS LULUS SAHAJA AKAN TERIMA BAYARAN
Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam IC / Kad Pengenalan perlu digunakan secara tanpa tunai (cashless) dan penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai atau pembelian barang selain yang diluluskan.
Bagaimanakah cara cek duit Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK DUIT BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
BILANGAN PENERIMA LAYAK BANTUAN DALAM IC 2026
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| Isi Rumah | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas | 1.3 juta penerima |
| Bujang | 3.1 juta penerima |
JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Berikut merupakan jumlah duit Bantuan yang dikreditkan dalam IC penerima yang layak :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) |
| Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) |
| Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
Selain bayaran setiap bulan, Kerajaan turut menyalurkan Bantuan Dalam IC secara One-Off dengan jumlah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| Semua Isi Rumah | RM100 One-Off |
| Semua Warga Emas | RM100 One-Off |
| Semua Bujang | RM100 One-Off |
TARIKH KREDIT DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Pengkreditan duit Bantuan Dalam IC adalah dilaksanakan pada tarikh-tarikh seperti di bawah :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Setiap Bulan | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| One-Off (Sekaligus) | 9 Februari 2026 |
CEK DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Cek status kelayakan dan status bayaran Bantuan Dalam IC mengikut panduan seperti di bawah :
| LAMAN RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA MyKasih | https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Klik pada pautan Laman Rasmi SARA MyKasih di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman [Semakan Status].
- Sila masukkan Nombor IC anda / pemohon
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 950230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak [/] Verify you are human.
- Tunggu pengesahan disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM IC
Bagi penerima yang disahkan ‘Layak’, anda boleh menggunakan Bantuan Dalam IC mengikut cara-cara seperti di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis yang berdaftar dengan SARA MyKasih berhampiran anda |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang anda perlukan (pastikan ada label SARA MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan jumlah baki |
| 4. | Juruwang akan kembalikan IC anda dan mula imbas barang keperluan yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC anda |
| 6. | Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian. Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/