CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) layak menerima bantuan bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) yang boelh dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cek bantuan rm100 mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SEBULAN 2026 : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- SARA EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
- SARA STR (BUKAN EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA MUDAH GUNA BANTUAN MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan Bantuan IC, ikuti tips mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama IC (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan IC.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]