CARA TEBUS MYKASIH RM100 : BANTUAN DI BAYAR MELALUI IC
Kira-kira seramai lebih 22 juta penerima disahkan layak menerima Bantuan MyKasih bernilai RM100 yang dibayar melalui IC / Kad Pengenalan diri dan sebahagian penerima telah berjaya tebus RM100 di premis-premis terpilih. Namun, masih ada sebahagian penerima belum tebus RM100 dalam IC.
Bagaimanakah cara tebus MyKasih RM100 dalam IC? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN : 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN
TEMPOH TEBUS MYKASIH RM100
Penebusan MyKasih RM100 dalam IC mempunyai tempoh sah laku yang bermula dari tarikh yang dinyatakan seperti berikut :
| TARIKH MULA BAYARAN | TEMPOH TEBUS | TARIKH AKHIR BAYARAN |
|---|---|---|
| 09 Februari 2026 (Isnin) | 11 bulan | 31 Disember 2026 (Khamis) |
SYARAT TEBUS MYKASIH RM100
Untuk tebus MyKasih RM100 dalam IC, mestilah penerima yang disahkan kelayakan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima yang boleh tebus :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori Penerima | Isi rumah, warga emas & bujang |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua) |
CARA TEBUS MYKASIH RM100
Setelah disahkan layak, setiap penerima boleh menebus MyKasih RM100 dengan menggunakan IC masing-masing mengikut panduan lengkap cara tebus seperti berikut :
- Kunjungi premis terpilih MyKasih
- Terdapat lebih 10,000 premis terpilih yang berdaftar MyKasih. Penerima perlu mengunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang berhampiran.
- Pilih barang keperluan
- Penerima perlu memilih barang keperluan asas yang ingin dibeli berdasarkan label MyKasih pada rak tanda harga.
- Beratur di kaunter MyKasih
- Sesetengah premis, mempunyai kaunter khas untuk bayaran menggunakan MyKasih.
- Berikan IC kepada Juruwang
- Juruwang akan buat pengesahan penerima dan baki bantuan yang ada.
- Imbas Kod barangan
- Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Transaksi bayaran disahkan
- Pembayaran akan disahkan menggunakan IC penerima dan baki Bantuan MyKasih akan ditolak dari IC penerima.
- Simpan resit untuk rujukan transaksi
- Penerima perlu menyimpan resit untuk rujukan baki Bantuan MyKasih dalam IC.
SENARAI BARANG MYKASIH BOLEH TEBUS
Namun, penerima perlu mengetahui barang-barang MyKasih yang boleh ditebus adalah seperti senarai di bawah :
| KATEGORI BARANG | SENARAI JENIS BARANG |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya |
| Makanan sejuk beku | Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM |
| Barang sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya |
SEMAKAN PENERIMA MYKASIH RM100
Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima MyKasih RM100 seperti di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
| Nama Program | SARA One-Off 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.