CARA SEMAKAN SARA ONE OFF : (RM100 2025) PANDUAN LENGKAP SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025, kerajaan akan menyalurkan bantuan one-off RM100 melalui MyKad kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
Bagaimanakah cara semakan sara one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SARA RM100 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN ONE OFF 2025
APA ITU SARA ONE OFF
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan secara one-off (sekali bayaran) kepada 22 juta rakyat Malaysia dengan kadar peruntukan adalah sebanyak RM2 bilion.
CARA PELAKSANAAN SARA ONE OFF
Bantuan one-off akan dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia (setiap individu) berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.
RM100 akan disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 90,000 jenis barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.
CARA SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF
Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS);
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PELAKSANAAN SARA ONE OFF
RM100 akan mula disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kredit RM100 SAH digunakan sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA GUNA KREDIT SARA ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara