CARA SEMAKAN BAKI IC : SEMAK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA

CARA SEMAKAN BAKI IC : SEMAK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA

IC rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang boleh digunakan menyimpan wang untuk bayaran Touch n Go. Selain itu, kerajaan turut menyalurkan Bantuan SARA MyKasih dalam IC dan ianya boleh digunakan untuk penerima membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah cara semakan baki IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH MYKASIH

JUMLAH BAKI DALAM IC

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan setiap bulan ke dalam IC penerima :

PENERIMA STATUS MISKINPENERIMA STATUS ASAS
Isi Rumah :
RM100 – RM200
setiap bulan
Isi Rumah :
RM100
setiap bulan
Warga Emas :
RM100 – RM150
setiap bulan
Warga Emas :
RM50
setiap bulan
Bujang :
RM50
setiap bulan
Bujang :

Jika penerima tidak menggunakan bantuan dalam IC, baki terkumpul mungkin sebanyak berikut :

PENERIMA STATUS MISKINPENERIMA STATUS ASAS
Isi Rumah :
RM2,100 setahun
Isi Rumah :
RM900 setahun
Warga Emas :
RM1,650 setahun
Warga Emas :
RM450 setahun
Bujang :
RM600 setahun
Bujang :

CARA SEMAKAN BAKI IC

Ikuti cara-cara untuk semak baki bantuan yang ada dalam IC seperti berikut :

  1. Layari laman web portal SARA MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama SARA MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
    • *pastikan Nombor IC tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
  7. Tunggu Verifikasi disahkan.
  8. Klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status dan baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  10. Selesai.

**Contoh paparan status dan baki penerima yang layak :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
StatusLayak
Tarikh Program Bermula15/01/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)200.00

CARA HABISKAN BAKI IC

Jika masih ada baki bantuan dalam IC, penerima boleh menghabiskan bantuan tersebut mengikut cara seperti berikut :

  1. Sila bawa bersama IC penerima.
  2. Kunjungi kedai runcit / pasar raya yang terdekat anda.
  3. Pilih barang keperluan asas yang terpilih (ada label SARA MyKasih).
  4. Setelah selesai memilih barang keperluan, pergi ke kaunter MyKasih.
  5. Hulurkan IC kepada juruwang untuk pengesahan baki.
  6. Juruwang akan imbas barang terpilih dengan had baki yang ada.
  7. Jika pembelian melebihi had baki, penerima perlu membayar secara tunai.
  8. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC.
  9. Resit dan IC akan diberikan.
  10. Selesai.

JENIS BARANG BOLEH BELI GUNA IC

Antara jenis barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan dalam IC adalah seperti berikut :

  • ๐Ÿš Beras.
  • ๐Ÿž Roti.
  • ๐Ÿฅš Telur.
  • ๐Ÿ›ข๏ธ Minyak masak.
  • ๐ŸŒพ Tepung.
  • ๐Ÿช Biskut.
  • ๐Ÿœ Mi segera.
  • ๐Ÿฅ› Minuman.
  • ๐Ÿฅซ Makanan dalam tin.
  • ๐Ÿง‚ Bahan perasa.
  • ๐Ÿงผ Produk kebersihan.
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubatan.
  • ๐Ÿ“ Barangan persekolahan.

TARIKH AKHIR GUNA BAKI IC

Bantuan yang dikreditkan dalam IC penerima yang berstatus miskin adalah bermula 15 Januari 2025 dan setiap bulan sehingga 1 Disember 2025. Manakala, pengkreditan dalam IC penerima berstatus asas bukan miskin pula adalah bermula 1 April 2025 setiap bulan sehingga 1 Disember 2025.

Namun, bantuan yang ada dalam IC boleh digunakan sehingga tarikh akhir berikut :

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Akhir Guna Baki IC : 31 Disember 2025 (Rabu).

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di talian dan laman berikut :

Leave a Comment