CARA SEMAK STR – STATUS BAYARAN FASA 2 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 telah mula dilaksanakan bermula 10 Mac 2026, namun masih ada sebahagian penerima yang belum menerima bayaran. Oleh itu, setiap penerima digalakkan untuk menyemak status bayaran sama ada dalam proses atau gagal kredit.
Bagaimanakah cara semak status bayaran STR Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARAWAK – SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)
BILANGAN PENERIMA STR FASA 2 2026
Daripada lebih 9 juta permohonan yang dikemukakan, seramai lebih 8.3 juta yang disahkan layak. Namun, hanya seramai 5.2 juta sahaja yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 :
| KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | 5.0 juta penerima |
| Penerima Baharu | 200,000 penerima |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibayar kepada penerima yang layak bermula RM100 sehingga RM600 bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM600 *bergantung bilangan anak |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM300 *bergantung bilangan anak |
| Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 (Tiada Pasangan) | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
- Bayaran Kepada Penerima Sedia Ada :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerimaan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 10 Mac 2026 (Selasa) Pada waktu operasi 8:00 pagi – 5:00 petang |
| Penerimaan secara kredit tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan | Bermula 10 Mac 2026 (Selasa) dan berperingkat selama tiga (3) – lima (5) hari |
- Bayaran Kepada Penerima Baharu :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerimaan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 30 Mac 2026 (Isnin) Pada waktu operasi 8:00 pagi – 5:00 petang |
| Penerimaan secara kredit tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan | Bermula 30 Mac 2026 (Isnin) dan berperingkat selama tiga (3) – lima (5) hari |
CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 2 2026
Bagi penerima yang telah disahkan ‘Layak’ tetapi belum menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, status bayaran boleh disemak secara online seperti berikut :
| PAUTAN LAMAN RASMI STR |
|---|
| https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Sila klik pada pautan laman rasmi STR di atas 👆.
- “Selamat Datang Ke MySTR” akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Contoh : 950230112345.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pemohon yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran STR Fasa 2 akan dipaparkan seperti :
- “Telah Dikreditkan” atau “Dalam Proses Kredit” atau “Gagal Kredit”.
- Selesai.
*Nota : Jika status dipaparkan “Gagal Kredit”, penerima perlu buat tuntutan bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.