CARA SEMAK MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SARA

CARA SEMAK MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SARA

Antara manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan di bawah program MyKasih, adalah penerima dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan dan kesihatan serta dapat memenuhi barangan persekolahan anak.

Bagaimanakah cara semak MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dilaksanakan seperti cara berikut :

NEGERI PENERIMACARA BAYARAN MYKASIH
Semenanjung MalaysiaDibayar secara tanpa tunai melalui
kad pengenalan penerima pada
setiap bulan
Sabah dan SarawakBukan lagi dibayar secara tunai
dua kali setahun, namun dibayar
secara tanpa tunai melalui kad
pengenalan penerima pada setiap bulan

JUMLAH PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2025

Setiap tahun, jumlah penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih bertambah seperti berikut :

TAHUN PELAKSANAANJUMLAH PENERIMA
20230.2 Juta
(Penerima Status Miskin Tegar)
20240.7 Juta
(Penerima Status Miskin & Miskin Tegar)
20255.4 Juta
(Penerima Status Miskin, Miskin Tegar
& Asas Bukan Miskin)

HAD BAYARAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan had bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada semua penerima :

MISKINMISKIN TEGARBUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM100/RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
Isi Rumah :
RM100/RM200 sebulan
sehingga
RM2,100 setahun
Isi Rumah :
RM100 sebulan
sehingga
RM900 setahun
Warga Emas :
RM100/RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
Warga Emas :
RM100/RM150 sebulan
sehingga
RM1,650 setahun
Warga Emas :
RM50 sebulan
sehingga
RM450 setahun
Bujang :
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
Bujang :
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
Bujang :
tiada

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dibayar kepada penerima mengikut tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN
KEPADA PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
TARIKH BAYARAN
KEPADA PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

CARA SEMAK MYKASIH 2025

Status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui portal rasmi MyKasih dan aplikasi MyKasih seperti panduan di bawah :

Panduan Cara Semak Status Kelayakan MyKasih :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Panduan Cara Semak Status Bayaran MyKasih :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status bayaran Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment