CARA SEMAK BAKI SARA – CHECK RM100 ONE OFF SEKARANG!

CARA SEMAK BAKI SARA – CHECK RM100 ONE OFF SEKARANG!

Maklumat pembayaran SARA RM100 ONE-OFF boleh disemak di Portal Rasmi SARA bagi membolehkan penerima mengetahui baki bayaran yang boleh dibelanjakan di bawah Program SARA.

Bagaimanakah cara semak baki sara rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LINK SARA GOV MY – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SEKARANG!

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 ONE OFF

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Semua Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Individu berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA PENGKREDITAN BAYARAN RM100 ONE OFF

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :

  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan;
  • Barangan Keperluan Sekolah;
  • Beras;
  • Bahan Perasa;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mee segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam tin; dan
  • Produk Kebersihan Rumah;

SEMAK TARIKH PENGKREDITAN DAN BAKI BAYARAN SARA RM100 ONE OFF

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Baki pembayaran boleh disemak di Portal Rasmi SARA bermula tarikh pembayaran dilaksanakan.

CARA SEMAK BAKI SARA RM100 ONE OFF

Baki Bayaran dan Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA SEMAK BAKI SARA RM100 ONE OFF

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100 ONE OFF:

S : Bilakah boleh membuat semakan baki SARA RM100 ONE OFF?
J : Baki bayaran boleh mula disemak bermula tarikh pelaksanaan pembayaran SARA RM100 ONE OFF iaitu pada 31 Ogos 2025.

S : Bagaimanakah cara semak baki SARA RM100 ONE OFF?
J : Baki bayaran boleh mula disemak di Portal Rasmi SARA.

S : Adakah kaedah semakan baki bayaran sama dengan semakan status kelayakan SARA RM100 ONE OFF?
J : Ya, kaedah semakan baki bayaran SARA RM100 ONE-OFF adalah sama seperti semakan status kelayakan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment