CARA SEMAK BAKI IC : CEK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD ANDA (PANDUAN LENGKAP)

CARA SEMAK BAKI IC : CEK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD ANDA (PANDUAN LENGKAP)

Setelah penerima disahkan ‘Layak’, duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan terus dikreditkan dalam Kad Pengenalan (IC) dan ianya boleh digunakan untuk beli apa sahaja barang keperluan asas di lebih 7,800 premis terlibat dalam Malaysia.

Bagaimanakah cara semak baki duit Bantuan SARA dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR BUJANG 2026 TELAH DIGANTI DENGAN SARA RM600 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN

AMAUN DUIT BANTUAN SARA KREDIT DALAM IC

Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC setiap penerima bujang, isi rumah dan warga emas adalah direkodkan sebanyak amaun berikut :

  • Bujang :
    • RM50 setiap bulan – RM600 setahun (Bujang eKasih).
  • Isi Rumah :
    • RM200 setiap bulan – RM2,100 setahun (Isi Rumah eKasih).
    • RM100 setiap bulan – RM900 setahun (Isi Rumah Biasa).
  • Warga Emas :
    • RM150 setiap bulan – RM1,650 setahun (Warga Emas eKasih).
    • RM50 setiap bulan – RM450 setahun (Warga Emas Biasa).

TARIKH KREDIT DUIT BANTUAN SARA DALAM IC

Kerajaan mengkreditkan duit Bantuan SARA dalam IC penerima eKasih bermula pada 15 Januari 2025 dan penerima biasa pula bermula pada 1 April 2025. Berikut adalah tarikh pengkreditan penuh setiap bulan :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC

Terdapat dua (2) platform yang boleh digunakan untuk membuat semakan baki duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC. Berikut adalah dua (2) platform khas MyKasih yang boleh diakses untuk semakan baki dan status :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Aplikasi MyKasih.

Ikuti cara semakan baki di Portal Rasmi MyKasih :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Verifikasi akan diproses dan disahkan.
  8. Status kelayakan dan baki dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Atau semakan boleh dilakukan secara online melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  5. Klik pada butang [Next] di bawah.
  6. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance].
  7. Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
  8. Status kelayakan dan baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.

CARA HABISKAN BAKI BANTUAN SARA DALAM IC

Jika baki Bantuan SARA masih ada dalam IC, penerima boleh menghabiskan baki tersebut sebelum tarikh tamat tempoh dengan membuat pembelian barang-barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :

  1. Sila bawa IC bersama anda dan kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar dengan SARA.
  2. Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA / ‘Kaunter MyKasih’.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan penerima dan baki.
  5. Juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih.
  6. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC.
  7. Resit bayaran dan IC akan diberikan.

INFO LANJUT SARA

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila ajukan kepada :

Leave a Comment