CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : ANDA BOLEH RUJUK PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SARA MYKASIH UNTUK TERIMA BAYARAN (RM2400 & RM1200 & RM600)
Inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) melalui MyKad di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu golongan yang memerlukan dalam mendapatkan keperluan asas, ditambah baik dengan peningkatan bayaran sebanyak dua kali ganda berbanding sebelum ini.
Bagaimanakah cara mohon bantuan dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BULANAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA STR (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad tidak memerlukan sebarang permohonan di mana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dan data eKasih.
Permohonan hanya diperlukan untuk :
- Mohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Daftar Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar, sekiranya pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
CARA MOHON BANTUAN STR 2026
Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
CARA DAFTAR EKASIH 2026
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]