CARA MENGEMASKINI BANTUAN STR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Portal MySTR untuk kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 kini dibuka. Penerima yang mempunyai sebarang perubahan maklumat dan memerlukan pengemaskinian terkini, dikehendaki membuat kemas kini dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara mengemaskini bantuan str? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN ONLINE BANTUAN WARGA EMAS : CARA DAFTAR BANTUAN RM600 (PANDUAN LENGKAP)
TARIKH MENGEMASKINI BANTUAN STR
Kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 boleh dilakukan sepanjang tahun. Namun, kemas kini maklumat untuk menerima pembayaran Fasa 1 2026 adalah seperti berikut :
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 (Isnin) | 28 November 2025 (Jumaat) |
SIAPA PERLU MENGEMASKINI BANTUAN STR?
Kemas kini maklumat diperlukan sekiranya pemohon mempunyai perubahan maklumat seperti :
- Perubahan Maklumat Peribadi :
- Nombor Telefon Bimbit;
- Alamat Surat Menyurat;
- Alamat e-Mel;
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan.
- Perubahan Tanggungan;
- Perubahan Pendapatan;
- Perubahan Maklumat Waris;
- Tidak kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut;
- Jika berstatus ‘Gagal Kredit’.
KENAPA PERLU MENGEMASKINI BANTUAN STR?
Kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) penting untuk :
- Memudahkan urusan pembayaran;
- Mengelakkan status ‘Gagal Kredit’ atau ‘Tidak Layak’; dan
- Mengelakkan Pembatalan / Kelewatan Bayaran.
CARA MENGEMASKINI BANTUAN STR
Kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
KADAR BANTUAN STR 2026
Amaun pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Tuntutan secara oleh penerima di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekat jika Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]