CARA LOGIN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Kerajaan telah mewujudkan Portal Rasmi MySTR yang baharu untuk memudahkan rakyat membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dengan mudah dan cepat.
Bagaimanakah cara login STR untuk semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA 2026 MALAYSIA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH
JUMLAH STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar kepada setiap kategori dengan jumlah yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | RM700 – 0 anak RM1,200 – 1 / 2 anak RM1,700 – 3 / 4 anak RM2,200 – 5 & ke atas |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | RM200 – 0 anak RM450 – 1 / 2 anak RM700 – 3 / 4 anak RM950 – 5 & ke atas |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | – |
KAEDAH BAYARAN STR 2026
Kaedah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 masih sama seperti berikut :
- Pembayaran Secara Tunai :
- Bantuan STR dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank, status ‘Gagal Kredit’ serta peenrima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Pengkreditan Secara Tunai :
- Bantuan STR dikreditkan secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
FASA BAYARAN STR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut fasa-fasa berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2026 |
| Fasa 2 | Mac 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
PAUTAN LOGIN STR 2026
Berikut merupakan pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang rasmi boleh diakses untuk semakan dan sebagainya :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR 2026) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
CARA LOGIN STR 2026
Ikuti cara login akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baharu seperti berikut :
- Pergi ke pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR 2026).
- Bahagian Login akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Klik butang [Semak] di bawah.
- Kata kunci keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata laluan anda yang tepat.
- Klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS STR 2026
Setelah berjaya login, anda boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Sekiranya anda berjaya login, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih daripada Portal Rasmi STR dan dikongsikan untuk membantu memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]