CARA KEMASKINI MYSTR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

CARA KEMASKINI MYSTR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Jika nama telah berjaya lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, pastikan nama tetap tersenarai dan elakkan tercicir bagi bayaran 2026. Cara untuk elakkan supaya nama tidak tercicir adalah pemohon perlu sentiasa mengemas kini maklumat permohonan pada setiap tahun.

Bagaimanakah cara kemaskini MySTR 2026? Sila rujuk panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SIAPA KENA KEMASKINI MYSTR 2026

Bukan semua pemohon perlu kemaskini maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026, antara yang perlu kemaskini permohonan adalah :

  • Penerima / pemohon sedia ada;
  • Mempunyai perubahan maklumat permohonan;
  • Tidak pernah kemaskini maklumat permohonan lebih 3 tahun;
  • Data dalam permohonan tidak sah.

SEBAB KENA KEMASKINI MYSTR 2026

Antara sebab-sebab kenapa kena kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 adalah :

  • Mempunyai Perubahan Maklumat Peribadi :
    • Perubahan maklumat seperti Alamat tempat tinggal, Nombor telefon baharu atau perubahan status perkahwinan (Bujang – Kahwin / Kahwin – Cerai / Kahwin – Kematian pasangan) perlu dikemas kini
  • Terdapat Pertambahan / Perubahan Tanggungan :
    • Jumlah anak baru lahir bertambah / anak tukar status pelajar / anak mencapai usia 21 tahun tidak lagi tanggungan (kadar bayaran STR adalah bergantung kepada bilangan anak).
  • Terdapat Perubahan Pendapatan :
    • Pendapatan individu / isi rumah naik atau turun boleh menjejaskan kelayakan dan kadar bayaran bantuan STR dan sekiranya tidak dikemas kini, penerima tidak mendapat kadar yang selayaknya.
  • Perubahan Maklumat Akaun Bank :
    • Pastikan maklumat akaun bank diisi mengikut nombor akaun yang betul dan aktif serta atas nama pemohon sendiri supaya Bantuan STR dapat dikreditkan tanpa sebarang masalah.
  • Untuk Elakkan Pembatalan / Kelewatan Bayaran :
    • Pihak LHDN boleh menolak atau menangguh bayaran Bantuan STR jika data tidak sah atau tidak dikemas kini melebihi tempoh yang ditetapkan.
  • Saringan Semula Kelayakan Tahunan :
    • Kerajaan akan membuat semakan semula kelayakan penerima. Untuk mengekalkan status penerima yang aktif setiap tahun, sila kemaskini maklumat.
  • Elakkan Nama Tercicir :
    • Supaya nama sebagai penerima / pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 tidak tercicir dan menerima bayaran selayaknya.

CARA KEMASKINI MYSTR 2026

Ikuti panduan lengkap cara kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui laman web rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi MySTR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

KADAR BANTUAN MYSTR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dibayar dengan kadar sebanyak yang dipaparkan berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
STR 2026
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500)
0 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 ke atas : RM2,200
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600
Bujang / Balu / Duda
/ Janda
(Tiada anak)
RM0
*Penerima Bujang / balu / duda / janda yang tiada anak hanya akan menerima bayaran SARA sebanyak RM600 setahun.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan panduan kemaskini dan sedikit maklumat berkaitan bayaran Bantuan Sumbanga Tunai Rahmah (STR) untuk mudahkan carian orang ramai. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment