CARA KEMASKINI MYSTR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Portal MySTR untuk kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026 masih dibuka untuk penerima kemas kini maklumat untuk sebarang perubahan maklumat peribadi terkini. Kemas kini maklumat perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara kemaskini mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: REGISTER LESEN PERCUMA 2026 : DAFTAR PERMOHONAN ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
CARA KEMASKINI MYSTR
Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2026 seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
TARIKH KEMASKINI MYSTR 2026
Kemas kini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah dilakukan dalam tempoh berikut :
| TARIKH KEMASKINI MYSTR 2026 | TARIKH KEMASKINI MYSTR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Tempoh kemas kini STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025. | Tarikh Akhir Kemas kini STR Fasa 1 2026, pada 28 November 2025 (Jumaat). |
SYARAT KEMASKINI MYSTR 2026
Kemas kini maklumat diperlukan sekiranya pemohon mempunyai perubahan maklumat peribadi seperti :
- Nombor Telefon Bimbit;
- Alamat Surat Menyurat;
- Alamat e-Mel;
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan; dan
- Maklumat Waris; ATAU
- Tidak kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut;
- Jika berstatus ‘Gagal Kredit’.
JUMLAH KELAYAKAN MYSTR 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
| Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]