CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Tentunya semua pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ingin mengekalkan status kelayakan agar tetap ‘Layak’ dan tetap menerima bayaran untuk tahun berikutnya. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk membuat kemaskini maklumat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya nama tidak tercicir sebagai penerima 2026.
Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH
TARIKH KEMASKINI BANTUAN STR DIBUKA
Untuk penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1 2026, kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan mengikut tarikh seperti berikut :
🗓️ Bermula 13 Oktober hingga 28 November 2025.
TUJUAN KEMASKINI BANTUAN STR 2026
Antara tujuan utama kenapa pemohon kena kemaskini maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), adalah :
- Mempunyai Perubahan Maklumat Peribadi :
- Perubahan maklumat seperti Alamat tempat tinggal, Nombor telefon baharu atau perubahan status perkahwinan (Bujang – Kahwin / Kahwin – Cerai / Kahwin – Kematian pasangan) perlu dikemas kini
- Terdapat Pertambahan / Perubahan Tanggungan :
- Jumlah anak baru lahir bertambah / anak tukar status pelajar / anak mencapai usia 21 tahun tidak lagi tanggungan (kadar bayaran STR adalah bergantung kepada bilangan anak).
- Terdapat Perubahan Pendapatan :
- Pendapatan individu / isi rumah naik atau turun boleh menjejaskan kelayakan dan kadar bayaran bantuan STR dan sekiranya tidak dikemas kini, penerima tidak mendapat kadar yang selayaknya.
- Perubahan Maklumat Akaun Bank :
- Pastikan maklumat akaun bank diisi mengikut nombor akaun yang betul dan aktif serta atas nama pemohon sendiri supaya Bantuan STR dapat dikreditkan tanpa sebarang masalah.
- Untuk Elakkan Pembatalan / Kelewatan Bayaran :
- Pihak LHDN boleh menolak atau menangguh bayaran Bantuan STR jika data tidak sah atau tidak dikemas kini melebihi tempoh yang ditetapkan.
- Saringan Semula Kelayakan Tahunan :
- Kerajaan akan membuat semakan semula kelayakan penerima. Untuk mengekalkan status penerima yang aktif setiap tahun, sila kemaskini maklumat.
- Elakkan Nama Tercicir :
- Supaya nama sebagai penerima / pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 tidak tercicir dan menerima bayaran selayaknya.
SENARAI PEMOHON KENA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
Bukan semua pemohon kena kemaskini maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, hanya mereka yang tersenarai seperti berikut :
- Mempunyai perubahan maklumat permohonan;
- Mempunyai tanggungan baharu;
- Status permohonan tidak aktif atau ‘Tidak Layak’;
- Tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun;
- Data permohonan tidak sah.
KADAR BAYARAN BANTUAN STR 2026
Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah ditentukan berdasarkan kategori, kelayakan, dan jumlah anak. Selain itu juga, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan turut diberikan. Berikut adalah kadar bayaran bagi tahun 2026 :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :
| JUMLAH ANAK | KADAR STR | KADAR SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 hingga RM2,400 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM1,200 hingga RM2,400 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM1,200 hingga RM2,400 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM1,200 hingga RM2,400 |
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
| JUMLAH ANAK | KADAR STR | KADAR SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
| JUMLAH ANAK | KADAR STR | KADAR SARA |
|---|---|---|
| Tiada yang tepati syarat | RM600 | RM600 hingga RM1,800 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) :
| JUMLAH ANAK | KADAR STR | KADAR SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM0 | RM600 hingga RM1,200 |
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026
Perhatian : Penerima sedia ada yang ingin mengemas kini permohonan Bantuan STR perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu di Portal Rasmi STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun sedia ada.
Ikuti cara kemaskini Bantuan STR yang lengkap seperti berikut :
- Layari Laman web Portal Rasmi STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Kami hanya menulis artikel ini untuk memudahkan carian dan kefahaman orang awam berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah berkaitan ‘Kemaskini Bantuan STR’, pertanyaan lanjut boleh diajukkan ke talian pihak berwajib STR di bawah :
- Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]