CARA CLAIM SARA RM100 : 2025 SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE
Bagaimanakah cara untuk claim (tebus) dan semak Bantuan SARA RM100 secara online? Rujuk panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA CLAIM SARA RM100 : 2025 SEMAK BANTUAN SECARA ONLINE
Berdasarkan kenyataan Kerajaan MADANI, bahawa seramai 22 juta rakyat dewasa Malaysia yang berstatus ‘Layak’ boleh menebus (claim) Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang.
Bantuan tambahan ini diperuntukan sebanyak RM2 billion diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan Merdeka yang ke-68 tahun ini.
TARIKH CLAIM SARA RM100
Semua penerima yang layak hanya boleh mula claim (tebus) Bantuan SARA RM100 pada tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
CARA CLAIM SARA RM100
Berikut merupakan cara-cara untuk claim (tebus) Bantuan SARA RM100 :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SYARAT CLAIM SARA RM100
Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh claim (tebus) Bantuan SARA RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira jumlah pendapatan.
SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 SECARA ONLINE
Untuk mengetahui sama ada Bantuan SARA RM100 telah dimasukkan dalam MyKad atau belum, ikuti panduan semakan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA RM100 SECARA ONLINE
Bermula 21 Ogos 2025 (Khamis), status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 boleh disemak mengikut panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Sebelum 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.
Di mana-mana 4,100 kedai atau pasaraya terpilih berhampiran anda.
Antara barang yang boleh claim (tebus) adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Tidak boleh. Sekiranya melebihi Bantuan SARA RM100, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.