CARA BELI SARA RM100 : SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

CARA BELI SARA RM100 : SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Bagaimanakah cara beli barang keperluan MyKasih guna Bantuan SARA RM100? Apakah barangan MyKasih yang boleh dibeli? Rujuk cara beli dan semak senarai barangan MyKasih di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH SARA RM100 : SEMAKAN STATUS ONLINE KELAYAKAN PENERIMA

CARA BELI SARA RM100 : SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Kini, seramai 22 juta rakyat Malaysia yang berstatus ‘Layak’ menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas (MyKasih) dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam MyKad.

CARA BELI SARA RM100

Ikuti cara pembelian barangan keperluan asas (MyKasih) dengan menggunakan Bantuan SARA RM100 seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan Bantuan SARA adalah :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah (Kategori baharu) : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

TARIKH BELI SARA RM100

Semua penerima akan menerima Bantuan SARA sebanyak RM100 secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh menggunakannya untuk pembelian pada tarikh berikut :

TARIKH MULA PEMBELIANTARIKH AKHIR PEMBELIAN
31 Ogos 2025 (Ahad)31 Disember 2025 (Rabu)

SEMAK STATUS KREDIT SARA RM100

Status pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Status kredit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

1. Siapakah layak terima Bantuan SARA RM100?

Semua rakyat Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas tanpa mengira jumlah pendapatan.

2. Bolehkah beli barang selain yang disenaraikan guna Bantuan SARA RM100?

Tidak boleh. Hanya barangan yang diluluskan sahaja.

3. Dimanakah boleh beli barang MyKasih guna Bantuan SARA RM100?

Di kedai atau pasaraya yang mempunyai label ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diterima di sini / boleh ditebus di sini’.

4. Adakah Bantuan SARA RM100 boleh ditunaikan?

Tidak boleh. Hanya boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless) sahaja.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment