BORANG BANTUAN PERSEKOLAHAN (DOWNLOAD ONLINE 2025)

BORANG BANTUAN PERSEKOLAHAN (DOWNLOAD ONLINE 2025)

Untuk makluman anda, dalam pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pada tahun hadapan.

Lebih kurang seramai 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan mendapat manfaat daripada inisiatif BAP ini bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun 2025.

Bantuan ini akan diagihkan di sekolah masing-masing mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah cara download borang bantuan persekolahan online 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah inisiatif bantuan tunai secara one off yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bagi tahun 2025, bantuan ini akan diteruskan dimana Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2025, BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion. Sebanyak RM870 juta diperuntukkan kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memberi manfaat kepada 860 ribu pelajar.

SYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
    • Kolej PERMATA
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Maktab Rendah Sains MARA, dan;
    • Maktab Tentera Diraja

KADAR BANTUAN

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi setiap seorang murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa, secara sekaligus (one-off).

KAEDAH PENYALURAN BAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  3. Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    • Tunai; atau
    • Disalurkan terus ke akaun bank murid.
    • Agihan ini bergantung kepada amalan sekolah masing-masing.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Permohonan adalah layak secara automatik untuk semua murid. Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dengan pemberian ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh rujuk Belanjawan 2025 untuk mengetahui maklumat lanjut.

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/

Talian : 03-8000 8000

e-Mel : [email protected]

Leave a Comment