BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN FASA 1
Berdasarkan bayaran Bantuan STR Fasa 1 tahun 2025 Kerajaan menyalurkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan kemungkinan untuk bayaran Bantuan STR Fasa 1 tahun 2026 juga akan dibayar sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang sekaligus memasuki bulan Ramadan.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR & bagaimanakah cara semakan status penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BAGAIMANAKAH KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Kaedah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah sama seperti kaedah bayaran tahun-tahun sebelum ini. Berikut adalah kaedah bayaran Bantuan STR :
| KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| Bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pusat-pusat pemberian di Sekolah yang terpilih Sabah dan Sarawak | Tiada akaun bank / status ‘Gagal Kredit’ / Pedalaman Sabah dan Sarawak |
| Bayaran tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima sistem Online Banking | Ada akaun bank |
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | JANGKAAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Februari 2026 | Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 | Sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 | Sebelum Hari Kebangsaan |
| Fasa 4 | November 2026 | Sebelum Perayaan Deepavali |
BERAPAKAH KADAR BAYARAN BANTUAN STR 2026
Kadar bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | KADAR BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 | RM600 |
| Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 | Diganti bayaran SARA RM600 hingga RM1,200 |
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Sila layari pautan Portal Rasmi MySTR di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan permohonan sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MySTR 2026 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Halaman utama Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]