BILAKAH TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH LUPUT ANDA
Sayang sekali jika duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC tidak digunakan atau tidak habis digunakan. Oleh itu, Kerajaan menyeru agar semua penerima yang layak untuk menggunakan Bantuan SARA sehingga habis sebelum tarikh akhir.
Bilakah tarikh akhir boleh tebus duit Bantuan SARA dalam IC? Sila semak tarikh luput anda di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1
BILAKAH TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC boleh ditebus pada bila-bila masa sahaja. Namun, penerima perlu ingat bahawa ianya mempunyai tarikh akhir (tarikh luput). Berikut merupakan tarikh akhir boleh tebus duit Bantuan SARA bagi tahun 2025 :
| TARIKH AKHIR KREDIT BANTUAN SARA | TARIKH AKHIR TEBUS BANTUAN SARA |
|---|---|
| Bermula 1 Disember 2025 (Isnin) | Sebelum 31 Disember 2025 (Rabu) |
BERAPAKAH JUMLAH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Jumlah bayaran akhir duit Bantuan SARA ke dalam IC setiap kategori penerima berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ dengan penerima berstatus ‘Bukan Miskin Tegar’ adalah berbeza-beza seperti berikut :
- Penerima Status ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT BANTUAN SARA SETIAP BULAN | JUMLAH TERKUMPUL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 hingga RM200 | RM2,100 |
| Warga Emas | RM100 hingga RM150 | RM1,650 |
| Bujang | RM50 | RM600 |
- Penerima Status ‘Bukan Miskin Tegar’ :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT BANTUAN SARA SETIAP BULAN | JUMLAH TERKUMPUL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM900 |
| Warga Emas | RM50 | RM450 |
| Bujang | – | – |
BAGAIMANAKAH CARA TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Bagi penerima yang belum pernah tebus duit Bantuan SARA dalam IC, ikuti cara mudah untuk tebus di bawah sebelum tarikh akhir :
- Bawa IC dan pergi ke premis yang terpilih SARA berhampiran anda.
- Ambil barang-barang keperluan asas yang diluluskan SARA.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran guna IC.
- Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan pengesahan penerima.
- Juruwang akan memaklumkan jumlah baki Bantuan SARA dalam IC.
- Kemudian, juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Baki Bantuan SARA dalam IC akan ditolak dari pembelian tersebut.
- IC akan dikembalikan kepada penerima.
- Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.
DI MANAKAH BOLEH TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Kini, setiap penerima boleh tebus duit Bantuan SARA dalam IC di mana-mana sahaja premis yang terpilih kerana terdapat lebih 8,000 premis yang telah berdaftar dengan SARA. Antaranya ialah :
- Lotus Store / Tesco.
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- TF Mart.
- 99 Speedmart.
- Lulu Supermarket.
- Milimewa.
- Dan lain-lain rujuk di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Bagaimanapun, sebelum guna Bantuan SARA untuk tebus barang-barang keperluan asas, penerima perlulah mengetahui baki yang ada dalam IC supaya dapat imbangkan bajet pembelian supaya tidak melebihi had baki.
Ikuti cara semak baki Bantuan SARA dalam IC seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan
- [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada kotak [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak SARA yang berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]