BILAKAH SEMAKAN STR 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1
Portal MySTR bantuan sesi 2026 kini di buka untuk penerima mengakses dan membuat semakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun.
Bilakah semakan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN JIKA ANDA LAYAK & MOHON SEKARANG
KENAPA PERLU BUAT SEMAKAN STR?
Semakan STR 2026 membolehkan penerima untuk :
- Semak Status Permohonan (untuk pemohon baru);
- Semakan Status Permohonan Rayuan;
- Semak Status Kelayakan (layak atau tidak);
- Semakan Status Bayaran;
- Semakan Tarikh Kredit Bayaran;
- Semakan Jumlah Bayaran;
Catatan : Semakan ini amat penting untuk memastikan anda layak menerima setiap fasa pembayaran STR, dan mengambil tindak selanjutnya jika semakan menunjukkan anda tidak layak seperti rayuan dan kemas kini maklumat permohonan.
BILAKAH SEMAKAN STR 2026
Portal MySTR 2026 kini di buka untuk penerima yang ingin membuat semakan bantuan sepanjang tahun. Namun, untuk status dan amaun bayaran STR Fasa 1, penerima boleh membuat semakan bermula pada tarikh bayaran dikreditkan. Tarikh pembayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA SEMAKAN STR 2026
Semakan status bantuan STR 2026 boleh dilakukan secara online, seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SEMAKAN AMAUN BANTUAN STR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN STR (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran diganti dengan bantuan SARA |
Jumlah pembayaran bagi setiap Fasa belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN STR
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]