BILAKAH SEMAKAN STR 2026 : UNTUK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

BILAKAH SEMAKAN STR 2026 : UNTUK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

Penerima baharu atau penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh membuat semakan kelayakan penerima bayaran di Portal MySTR sebaik sahaja pembayaran Fasa 1 mula dilaksanakan.

Bilakah semakan str? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN RM2400 DALAM IC 2026 : SEMAK STATUS SEGERA

BILAKAH SEMAKAN STR?

Tarikh untuk semakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 masih belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Penerima sedia ada dan pemohon baharu boleh membuat semakan secara online di Portal Rasmi MySTR sebaik sahaja Portal untuk semakan di buka.

FUNGSI PORTAL SEMAKAN STR

Pelbagai semakan yang boleh di semak oleh penerima di Portal Rasmi MySTR, antaranya adalah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Semak Status Permohonan (untuk pemohon baru);
  • Semakan Status Permohonan Rayuan;
  • Semak Status Kelayakan (layak atau tidak);
  • Semakan Status Bayaran;
  • Semakan Tarikh Kredit Bayaran;
  • Semakan Jumlah Bayaran;

CARA SEMAKAN STR SECARA ONLINE

Panduan lengkap cara semakan kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN KADAR PEMBAYARAN STR 2026

Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran akan diganti dengan Bantuan SARA

Catatan : Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR secara berfasa untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu dimohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.

CARA PEMBAYARAN STR 2026

Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment