BILA TARIKH STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Rakyat dewasa yang mengemukakan permohonan dan rayuan sebelum bulan Jun serta melepasi kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Ketiga (3) tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan bila tarikh STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM900 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SYUKUR SABAH
BAGAIMANA CARA BAYARAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan cara bayaran STR Fasa 3 kepada semua penerima :
- Pengkreditan ke akaun bank :
- Akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Tunai di kaunter BSN :
- Akan dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima :
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’; atau
- Tiada maklumat akaun bank.
- Akan dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima :
BERAPA BAYARAN STR FASA 3 2025
Setiap kategori penerima sedia ada akan menerima bayaran STR Fasa 3 sebanyak berikut :
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke Bawah (B40) :
- RM150 (tiada anak).
- RM300 (1 – 2 anak).
- RM500 (3 – 4 anak).
- RM650 (5 anak ke atas).
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
- RM100 (tiada anak).
- RM200 (1 – 2 anak).
- RM250 (3 – 4 anak).
- RM300 (5 anak ke atas).
Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 (setiap individu).
Bujang :
- RM150 (setiap individu).
*Penerima baharu perlu menyemak jumlah yang layak diterima untuk Fasa 3.
BILA TARIKH STR FASA 3 2025
Berikut merupakan tarikh jangkaan bayaran STR Fasa 3 :
- Penerima Sedia Ada :
- Dijangka bermula akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
- Penerima Baharu :
- Dijangka bermula akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
*Tarikh bayaran STR Fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BILA MASA BAYARAN STR FASA 3 2025
Masa bayaran STR lazimnya dimasukkan seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun masa bayaran masuk ke dalam akaun adalah tidak menentu dan penerima disarankan untuk menyemak dalam akaun masing-masing.
BAGAIMANA SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Semakan status kelayakan penerima STR Fasa 3 boleh dilakukan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.