BILA STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Sekitar seramai hampir 9 juta rakyat yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa yang ketiga (3) pada tahun ini dan ianya akan dibayar dalam masa terdekat.
Bagaimanakah semakan bila bayaran STR Fasa 3? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAK ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Penerima Bantuan STR Fasa 3 akan dipilih berdasarkan kelayakan berikut :
- ISI RUMAH :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak) / ibu atau bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
- WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU umur 19 tahun dan ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
CARA BAYARAN STR FASA 3 2025
Bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan melalui dua (2) cara berikut :
- Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional :
- Bagi penerima yang tiada maklumat akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ perlu menuntut wang STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank :
- Bagi penerima yang mempunyai maklumat perbankan perlu menunggu wang STR dikreditkan dalam akaun bank yang didaftarkan dalam permohonan STR.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran STR Fasa 3 kepada setiap kategori penerima :
KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | RM150 hingga RM650 (bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | RM100 hingga RM300 (bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
BILA STR FASA 3 2025
Bayaran Bantuan STR Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025. Namun, tarikh bayaran rasmi masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya, ianya telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini kembali maklumat berkaitan tarikh bayaran di sini.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 2025
Bagi yang ingin mengetahui status sebagai penerima STR Fasa 3, ikuti panduan cara semakan status di laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.