BILA SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BILA SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Kira-kira seramai 22 juta penerima yang bersamaan lebih 70 peratus (%) rakyat dewasa Malaysia yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara One Off (sekaligus) sebanyak RM100 setiap seorang.

Bagaimanakah semakan SARA One Off RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILA BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF RM100 2025

Bayaran Bantuan SARA One Off RM100 kepada 22 juta rakyat adalah secara serentak pada tarikh :

  • 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kemerdekaan Ke-68).

KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF RM100 2025

Kesemua penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA One Off melalui kaedah yang sama, iaitu secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan untuk belanja barangan keperluan asas di 4,100 kedai terpilih.

KRITERIA PENERIMA SARA ONE OFF RM100 2025

Bantuan SARA One Off RM100 adalah khusus untuk rakyat yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tiada had pendapatan.

BILA SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 2025

Status kelayakan penerima SARA One Off boleh disemak bermula pada :

  • 21 Ogos 2025, Khamis.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF RM100 2025

Ikuti panduan semakan status penerima SARA One Off seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One Off, sila rujuk pihak berwajib di :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.

Leave a Comment