BILA SEMAK KELAYAKAN STR 2026 : UNTUK TAHU STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN FASA 1
Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemukakan pastinya ingin mengetahui sama ada layak atau tidak terima bayaran untuk Fasa 1. Oleh itu, semua pemohon boleh sentiada menyemak status dari semasa ke semasa.
Bila boleh semak kelayakan STR untuk tahu status layak atau tidak terima bayaran Fasa 1? Baca maklumat lanjut di bawah.
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Setiap penerima ‘Isi Rumah’, ‘Warga Emas’ dan ‘Bujang’ ditetapkan dengan syarat-syarat kelayakan yang berbeza. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Ketua isi rumah / ahli isi rumah merupakan ‘Warganegara Malaysia’;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada / ibu bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau hingga RM5,000 sebulan.
- Kelayakan Warga Emas :
- Individu merupakan ‘Warganegara Malaysia’;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan sama ada balu / duda / janda / belum berkahwin;
- Pendapatan tidah melebihi RM5,000 sebulan.
- Kelayakan Bujang :
- Individu merupakan ‘Warganegara Malaysia’;
- Had umur bermula 21 hingga 59 tahun;
- Bujang belum berkahwin / duda / janda / balu serta tiada anak;
- Bukan Pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bawah dari 2,200 sebulan.
BILA SEMAK KELAYAKAN STR 2026
Setiap pemohon boleh membuat semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, khususnya status Fasa 1 dengan mengakses Portal Rasmi STR pada bila-bila masa dan di mana-mana jua dengan hujung jari sahaja.
CARA SEMAK KELAYAKAN STR 2026
Mudah sahaja untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerana setiap pemohon boleh membuat semakan secara online (atas talian) dengan mudah mengikut cara berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR IKUT KELAYAKAN
Tentunya kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mengikut kelayakan setiap kategori penerima supaya semua mendapat bayaran dengan adil dan telus. Berikut adalah kadar bayaran untuk tahun 2026 :
| ISI RUMAH B40 (RM) | ISI RUMAH M40 (RM) | WARGA EMAS (RM) | BUJANG (RM) |
|---|---|---|---|
| 0 anak :700 1-2 anak :1200 3-4 anak :1700 >5 anak :2200 | 0 anak :200 1-2 anak :450 3-4 anak :700 >5 anak :950 | 600 (tiada anak yang tepati syarat) | Tiada STR dan hanya akan terima bayaran SARA |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal dilaksanakan secara berjadual melalui empat (4) peringkat fasa pada tarikh-tarikh yang tertentu sahaja seperti jadual yang tertera di bawah berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Dianggarkan sebelum Tahun Baru Cina (Februari 2026) |
| Fasa 2 | Dianggarkan sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri (Mac / April 2026) |
| Fasa 3 | Dianggarkan sebelum sambutan Hari Kebangsaan (Ogos 2026) |
| Fasa 4 | Dianggarkan sebelum Hari Deepavali (November 2026) |
RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1800 88 2747
- Hotline STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel : [email protected]