BILA PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada hampir enam puluh peratus (60%) rakyat dewasa yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa bagi meringankan bebanan kewangan rakyat.
Bagaimanakah semakan pembayaran duit STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN STATUS BAYARAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BILA PEMBAYARAN DUIT STR
Berikut merupakan tarikh pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2025 :
- Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : Akhir Julai hingga Ogos 2025 (Jangkaan).
- Fasa 4 : November 2025 (Jangkaan).
*Tarikh pembayaran duit STR Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN DUIT STR
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima adalah melalui cara berikut :
- Pembayaran secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi penerima yang tiada akaun bank;
- Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
BERAPA JUMLAH PEMBAYARAN DUIT STR
Jumlah pembayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah sebanyak berikut :
KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah B40 :
- RM150 (tiada anak);
- RM300 (1 – 2 anak);
- RM500 (3 – 4 anak);
- RM650 (5 anak ke atas).
- Isi Rumah M40 :
- RM100 (tiada anak);
- RM200 (1 – 2 anak);
- RM250 (3 – 4 anak);
- RM300 (5 anak ke atas).
KATEGORI BUJANG :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM150.
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas :
- RM150.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR
Ikuti panduan cara semak status penerima yang layak menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.