BILA MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BILA MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Taraf hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) dapat diringankan dengan adanya bantuan-bantuan kewangan daripada kerajaan khususnya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara berfasa.

Bagaimanakah semakan bila masuk bayaran STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN MASUK STR FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

CARA MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

  1. Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang :
    • Tiada nombor akaun bank yang aktif; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  2. Dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan memgikut nombor akaun yang didaftarkan.

BILA MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dimasukkan mengikut masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025

Kementerian Kewangan (MOF) masih belum menyatakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 secara rasmi. Namun, ianya dijangka dibayar pada :

  • Bermula akhir Julai hingga Ogos 2025.

*Bagaimanapun, tarikh di atas akan dikemaskini kembali.

JUMLAH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan bagi Fasa 3 :

  • Isi Rumah B40 :
    • RM150/ tiada anak.
    • RM300/ 1 – 2 anak.
    • RM500/ 3 – 4 anak.
    • RM650/ 5 anak ke atas.
  • Isi Rumah M40 :
    • RM100/ tiada anak.
    • RM200/ 1 – 2 anak.
    • RM250/ 3 – 4 anak.
    • RM300/ 5 anak ke atas.
  • Warga Emas :
    • RM150/setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150/setiap individu.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 2025

Ikuti cara semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment