BILA BAYARAN STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Peringkat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mempunyai empat (4) fasa dan dua (2) darinya telah selesai dilaksanakan. Kini adalah bayaran untuk fasa yang ketiga (3) pada tahun ini dan dianggarkan jumlah penerima yang layak juga bertambah.
Bagaimanakah semakan bila bayaran STR masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA BAYARAN STR MASUK
Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
---|---|
Ada akaun bank | Dibayar secara terus ke dalam akaun bank penerima |
Tiada akaun bank | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BAYARAN STR MASUK
Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak & ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak & ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
BILA BAYARAN STR MASUK
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :
BIL. | NAMA BANK PENERIMA | WAKTU BAYARAN MASUK |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6:00 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8:00 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8:00 malam |
4. | Ambank | Selepas 8:00 malam |
5. | Maybank | Selepas 9:00 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9:00 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9:00 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10:00 malam |
9. | Lain-lain bank | Selepas 10:00 malam |
TARIKH BAYARAN STR MASUK
Berikut merupakan jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut fasa :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN MASUK |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (jangkaan) |
Fasa 4 | November 2025 (jangkaan) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR
Ikuti cara semakan status penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
- Klik pada [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang mempunyai akaun tersebut; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.
Bantuan