BILA BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILA BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah berbeza-beza mengikut pindaan dari semasa ke semasa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) termasuk juga untuk bayaran fasa ketiga (3) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan bila bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYSARA DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

KAEDAH BAYARAN STR FASA 3 2025

Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat pemberian yang ditetapkan oleh Kerajaan.

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2025

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah sebanyak berikut :

  • Isi Rumah B40 akan menerima bayaran STR Fasa 3 bermula RM150 sehingga RM650 (bergantung jumlah anak).
  • Isi Rumah M40 akan menerima bayaran STR Fasa 3 bermula RM100 sehingga RM300 (bergantung jumlah anak).
  • Warga Emas tiada pasangan akan menerima bayaran STR Fasa 3 sebanyak RM150 (setiap seorang).
  • Bujang akan menerima bayaran STR Fasa 3 sebanyak RM150 (setiap seorang).

BILA BAYARAN STR FASA 3 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dimasukan ke dalam akaun bank penerima adalah lazimnya mengikut masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Namun, masa bayaran masuk adalah tidak menentu dan penerima disarankan membuat semakan dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025. Namun, pihak Kementerian Kewangan (MOF) akan mengumumkan tarikh bayaran secara rasmi dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 2025

Layari pautan laman web rasmi MySTR di bawah untuk semakan status penerima bayaran Fasa 3 :

Ikuti panduan semakan status penerima STR seperti berikut :

  1. Sila klik butang [TUTUP] untuk notis ‘pemakluman terkini’.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment