BILA BAYAR DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BILA BAYAR DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Hanya rakyat dewasa yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 dan memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja dipilih untuk menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari fasa ke fasa sehingga ke penghujung tahun 2025.

Bagaimanakah semakan bila duit STR dibayar kepada penerima yang layak? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025

JUMLAH PENERIMA DUIT STR

Jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan meningkat dari fasa ke fasa seperti berikut :

  • 8.3 juta penerima Fasa 1.
  • 8.5 juta penerima Fasa 2.
  • 8.7 juta penerima Fasa 3 (anggaran).
  • 9 juta penerima Fasa 4 (anggaran).

*Nota : Peningkatan jumlah penerima adalah kerana Kerajaan membuka permohonan dan rayuan sepanjang tahun.

CARA DUIT STR DIBAYAR

Terdapat dua (2) cara duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada penerima, iaitu :

  1. Dikreditkan dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

BILA BAYAR DUIT STR

Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada penerima mengikut pada tarikh seperti berikut :

  • Fasa 1 dibayar pada 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa 2 dibayar pada 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa 3 dijangka akan dibayar pada akhir Julai hingga Ogos 2025.
  • Fasa 4 dijangka akan dibayar pada bulan November 2025.

JUMLAH DUIT STR DIBAYAR

Setiap kategori akan menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sebanyak berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan B40 :
    • Tiada anak : RM1,000 – RM500 – RM150 – RM150 – RM200.
    • 1 – 2 anak : RM1,500 – RM500 – RM350 – RM300 – RM350.
    • 3 – 4 anak : RM2,000 – RM500 – RM500 – RM500 – RM500.
    • 5 anak ke atas : RM2,500 – RM500 – RM650 – RM650 – RM700.
  • Isi Rumah Pendapatan M40 :
    • Tiada anak : RM500 – RM100 – RM150 – RM100 – RM150.
    • 1 – 2 anak : RM750 – RM150 – RM200 – RM200 – RM200.
    • 3 – 4 anak : RM1,000 – RM250 – RM250 – RM250 – RM250.
    • 5 anak ke atas : RM1,250 – RM300 – RM300 – RM300 – RM350.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600 – RM150 – RM150 – RM150 – RM150.
  • Bujang :
    • RM600 – RM150 – RM150 – RM150 – RM150.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR

Ketahui status kelayakan anda layak atau tidak menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment