BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 (SARA MYKASIH) : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON UNTUK TERIMA BAYARAN (RM100 & RM200 & RM50)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan secara bulanan bagi tahun 2026 mengikut jadual pelaksanaan yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan kadar bayaran diberikan mengikut kelayakan penerima.
Bilakah tarikh bayaran sumbangan asas rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program bantuan bersasar yang diberikan secara bulanan melalui barangan keperluan asas kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang terkesan dengan cabaran kos sara hidup.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar eKasih dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JADUAL & JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
- SARA EKASIH
| JADUAL BAYARAN | KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Februari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mac 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| April 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mei 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Jun 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Julai 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| September 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| November 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Disember 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| TOTAL | RM2,400 | RM1,800 | RM1,200 |
- SARA EKASIH
| JADUAL BAYARAN | KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Februari 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Mac 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| April 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Mei 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Jun 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Julai 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| September 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| November 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Disember 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| TOTAL | RM1,200 | RM600 | RM600 |
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan pada tahun 2026. Namun, tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja pengumuman dari Kementerian Kewangan (MOF) dikeluarkan.
CHECK STATUS KELULUSAN BAYARAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]