BAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DISALURKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terkini! Seramai 8.8 juta rakyat Malaysia disahkan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang bakal disalurkan seawal bulan Oktober 2025, sempena sambutan perayaan Deepavali.
Bilakah bayaran str fasa 4 2025 mula disalurkan? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2025 BANTUAN)
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada (0) | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
Anak 1 hingga 2 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
Anak 3 hingga 4 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
Anak 5 ke atas | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada (0) | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
Anak 1 hingga 2 | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
Anak 3 hingga 4 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
Anak 5 ke atas | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
- Bujang
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 DISALURKAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
JADUAL BAYARAN STR DISALURKAN MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :
JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
Bank Islam | Selepas 8 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Ambank | Selepas 8 malam |
Maybank | Selepas 9 malam |
RHB Bank | Selepas 9 malam |
Cimb Bank | Selepas 9 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : Kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bilakah bayaran STR Fasa 4 mula disalurkan?
- Pembayaran STR Fasa 4 akan disalurkan ke dalam akaun bank penerima bermula 18 Oktober 2025.
- Bagaimanakah semakan bayaran STR yang telah masuk?
- Penerima boleh membuat semakan secara online di Portal MySTR.
- Adakah semua penerima STR Fasa 3 layak menerima STR Fasa 4?
- Ya. Penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan, akan menerima bayaran Fasa 4 secara automatik.
- Adakah perlu membuat rayuan jika bayaran belum diterima?
- Penerima hanya perlu membuat rayuan sekiranya status menunjukkan anda tidak lulus atau tidak layak untuk menerima bayaran STR Fasa 4. Jika status dalam proses, bayaran akan disalurkan tidak lama lagi.
- Bolehkan semak STR menggunakan telefon pintar?
- Ya. Anda boleh semak STR menggunakan telefon pintar yang boleh mengakses internet.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]