BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 telah mula dikreditkan bermula pada 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat kepada seramai 5 juta individu yang telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran STR Fasa 1 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SETIAP BULAN : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LEPAS KELAYAKAN (SEMAK STATUS SEKARANG)

PLATFORM PENERIMAAN STR FASA 1 2026

Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memudahkan penerima yang tiada akaun bank dan penerima akaun bank capat menerima bayaran tanpa sebarang masalah.

Berikut merupakan platform bayaran yang disediakan :

JENIS PENERIMAPLATFORM PENERIMAAN
Penerima tiada akaun bank
(Termasuk penerima di
Sabah dan Sarawak)
Pembayaran secara tunai melalui
kaunter cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat
dengan penerima
Penerima mempunyai akaun
bank
Pengkreditan tunai terus ke dalam
akaun bank penerima secara
berperingkat (mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
semasa permohonan)

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk tahun 2026 telah mula dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri. Bayaran akan bermula pada tarikh berikut :

PLATFORM
PENERIMAAN
TARIKH BAYARAN
Bayaran tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
Pengkreditan tunai melalui
akaun bank penerima
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan
berperingkat

KADAR BAYARAN STR FASA 1 2026

Kadar implikasi bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melibatkan sebanyak RM1.1 billion yang akan dibayar kepada 5 juta penerima isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas dengan kadar sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARANKADAR
IMPLIKASI
Isi Rumah B40Tiada anak : RM200
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM400
>5 anak : RM500
RM0.8 billion
Isi Rumah M40Tiada anak : RM100
1-2 anak : RM100
3-4 anak : RM150
>5 anak : RM200
RM0.1 billion
Warga EmasRM150RM0.2 billion

SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 1 2026

Bagi pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh membuat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 1.

LAMAN WEB RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti cara semakan kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak].
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama pemohon.
  7. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  8. Masukkan ‘Kata Laluan’ yang sah.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
  12. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang masalah atau jika ingin dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau boleh rujuk pihak berwajib melalui :

PENAFIAN

Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment